Tuesday, July 17, 2012

1 Nisfu Sya'baan



Saya sendiri tak mampu untuk berfatwa, mahupun keluarkan hukum.
Tetapi saya rujuk mereka yang berfatwa dan mereka yang mengeluarkan hukum.
Kita yang masih hidup mesti bergantung hidup pada yang tidak mati.

Dalam Mazhab As--Syafie: Kata ulama hadith mazhab al-Syafi'e yang masyhur, Imam al-Suyuti dlm kitabnya Al-Amru Bil Ittiba' Wan Nahyu 'Anil Ibtidaa' :

وروى ابن وضاح عن زيد بن أسلم قال: ما أدركت أحداً من أصحابنا ولا فقهائنا يلتفتون إلى ليلة النصف من شعبان
"Dan Ibn Waddah meriwayatkan dari Zaid bin Aslam (Imam dari kalangan Tabi'in) berkata: Aku tak jumpa seorang pun dari ashab kami dan fuqaha' kami mempedulikan tentang malam nisfu sya'ban" [sedangkan Zaid bin Aslam mendampingi sahabat2 nabi seperti Ibnu 'Umar, Jabir bin Abdillah, dan imam2 seperti anas bin malik, sufyan al-thawry, sufyan bin 'uyainah, al-auza'i, zainal abidin ali bin al-hasan - cicit nabi]

Kata Al-Suyuti juga:

قال الحافظ أبو الخطاب: قال أهل التعديل والجرح: ليس في فضل النصف من شعبان حديث صحيح
"kata Al-Hafiz Abu Al-Kattab: ahli jarah dan ta'dil (ahli hadis) mengatakan bahawa tentang fadhilat nisfu sya'ban, tiada satu hadis pun yg sahih".


--------------------------------------------------------------


Sheikh Abd Aziz Bin Baaz Rahimahullah:
“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam NISFU SYAABAN dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidak ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’(palsu) seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).


----------------------------------------------------------------


Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam NISFU SYAABAN , membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

followers!

 

Pengalaman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates