Kita sedang sakit

Kehidupan seharian masyarakat kini seolah berada dalam suatu wabak yang saya andaikan sebagai "Penyakit melabel". Penyakit ini tidak lari dari mahasiswa, ada sahaja benda untuk dilabel mengikut darjat pemikirannya tanpa ada rasa bersalah pun.

Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, "Ustaz Fulan adalah Qutubiy", "Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy", "Dia adalah neo-khariji", "Oh! gila pangkat", "Oh! gila jawatan", "Publisiti murahan". Cukup ajaib! golongan ini mampu,atau barangkali telah mencapai darjat untuk melabel orang lain.

Manhaj salafikah kita? jika melabel atau mengaibkan orang lain yang tidak sependapat, sealiran, sefikrah dengan kita? begitu mudah bagi kita melabelkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran sedangkan para salaf begitu gerun dengan perbuatan demikian.

Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: “Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih”. (Rawdhah al-Uqala)

Manhaj salafikah kita jika tidak ada sifat kesopanan,bijaksana dan warak dalam diri untuk menuturkan keaiban orang lain dan menyebarkan pula di blog-blog atau di wall facebook masing-masing? Syair Arab mengatakan:


المرء إن كان عاقلا ورعا * أشغله عن عيوب غيره ورعه
Jika seseorang itu berakal dan warak,
Kewarakannya akan melekakannya dari aib orang lain.

Manhaj Salafikah kita jika melabelkan ahli-ahli ilmu yang banyak berkhidmat kepada dakwah dengan gelaran yang menyakitkan dan menjauhkan orang dari kebaikan? Di manakah akhlak kita berbanding dengan akhlak tokoh ulama Salaf, Imam Syafie yang mengatakan, “Apabila seseorang mahu berkata-kata maka berfikirkah. Jika ternyata bahawa ia tidak memberi kemudaratan ke atasnya, maka bertuturlah. Jika ternyata bahawa terdapat kemudaratan atau dia ragu-ragu padanya, maka tahanlah (dari bercakap)”. (Syarah Sahih Muslim 2/19) Di manakah kebaikannya dengan melabelkan para ahli ilmu dengan pelbagai jolokan kecuali mengundang keburukan dan kefasadan dalam masyarakat.

Sunnahkah kita apabila kita melabelkan para ilmuan dengan gelaran yang boleh merendahkan pandangan orang lain kepada mereka? Di manakah amalan sunnah kita terhadap hadis Nabi S.A.W yang bermaksud, “Cukuplah sebagai satu keburukan pada seseorang, dengan merendah-rendahkan saudaranya yang muslim”. (Sahih Muslim 4/1986).

Si anak murid pula, jika sudah tahu manhaj gurunya yang tidak menjaga lidah dan tidak warak terhadap ulama, janganlah menyibukkan diri dengan bertanya Tok Guru jenis ini, “Guruku, apa pandangan tuan terhadap Ustaz Fulan?”, “Apakah pula manhaj Syeikh Fulan?”. Para salaf yang sebenar tidak gemar dengan persoalan-persoalan sebegini. Pernah satu hari seorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya, “Mereka menyebut tentang Fulan..”. Lantas Ibn Abbas berkata, “Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu”. (Syuab al-Iman 9/110)

seruan kepada diri ini juga, agar kita sama-sama memperbaiki peradaban manusia, sikap toleransi perlu ada. Kita punya garis panduan yang amat teliti dalam pertembungan pendapat, dan kita perlu tahu pertembungan pendapat(khilaf) itu bukanlah musibah bagi umat, tapi ianya rahmat. Agar sama-sama bertaubat sebelum terlambat.

Bak kata orang Melayu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”. Jika sudah terlajak, bersegeralah bertaubat kepada Tuhan.


كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي … بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها
فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله … وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,
Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,
Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,
Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.

Penampar

Kesahnya bermula begini...

Menjadi kebiasaan setiap petang kami pelajar yang menetap di kolej kediaman universiti akan bermain 'futsal' di padang universiti. Tiba suatu hari datang budak kecil berbangsa Arab mengganggu permainan kami, boleh dikatakan tak beradab atau kurang hajar lah budak tersebut.

Memandangkan budak tersebut bernasib baik hari pertama mengganggu, kami hanya menghalau sahaja. Masuk hari yang kedua seorang dari rakan kami merasakan kanak-kanak tersebut harus mendapat pengajaran yang sepatutnya, dihampirinya budak tersebut. Nah! satu tamparan agak tergamam hinggap pada budak tersebut.

Moralnya, PENAMPAR memainkan peranan jika tiba satu masa itu, bukan penampar yang selalu-selalu.

saksikan,



penampar from badrul naim on Vimeo.

Kosong!

Malam ni saye masih tak dapat tidur, entah apa masalahnya. Esok saye ade 2 imtihan, nak kate membaca tidak, mengantuk pun tidak. Entah seperti ada sesuatu yang perlu aku selesaikan baru lega barangkali.

Tadi membaca artikel semua berkenaan dengan perselisihan pendapat. Bagaimana cara masing-masing membawa hujah dan dalil untuk menegakkan pegangan mereka. Ada yang menggunakan cara "sarcasm", yang membabi buta mencarut seperti dia yang paling betul, tidak kurang pula yang mencanang ke sana ke sini, memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai tohmahan.

Ah! semua itu membawa kepada perpecahan sedangkan Allah telah mengajar kita berwasilahkan Rasulullah bagaimana bertata-tertib dalam sesuatu perkara tersebut.

Saya tak ingin menyebut di sini kerna ianya sesuatu yang ma'ruf dalam pentarbiahan diri, cuma sedar atau tidak sahaja.Sekalipun menyedarinya, hanya diabaikan ataupun berlagak buta seolah tidak mengetahui apa-apa.

Yang pada asalnya perselisihan ini telah pun berlaku pada zaman  الأئمة الأربعة  lagi. Mereka telah melaluinya dengan berkhemah dalam setiap perbezaan fikrah antara satu sama lain. Tidak pula menjadikan hujah mereka paling betul yang perlu diikuti setiap lapisan masyarakat.

Saya amat tidak bersetuju pada perbalahan akibat perselisihan pendapat. Sebaliknya kita mencari apa yang paling tepat dan seterusnya bergantung kepada Allah rabbul 'Alaminn. Al Imam AsSyafi'e rahimuhullah hu ta'ala berkata "Aku masih belum menjumpai" untuk setiap perkara yang bertentangan dengan pendapatnya. Wallah hu Ta'ala A'alam.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
[Surah Ali-Imran:173]

La Dayn!

captured from "the lost kitten"
Dalam dunia ini sikit sangat orang yang bersyukur, sedangkan 'nikmat tuhan yang mana ingin kamu dustakan'? ..belajarlah erti bersyukur dengan setiap nikmat walaupun setiap sedutan, bukan sedutan yang membawa padah ye.

Gambar kat atas tu di'captured' dari cerite "kucing sesat" . Kisah yang ditayangkan dalam bahasa arab bersama terjemahan melayu.

Sejak kebelakangan ni saya rajen kol mak, mak pun pelik sebab selalu tak macam ni. Sebenanye adik saya lah, da pandai berkata-kata, suatu hari tu saya kol rumah, then suare budk kecik bercakap.
[ Helo,mak ad?sape ni?    helo. ade.mak!anyah mak! ]huhu. saye tak kenalkan diri siape.rupenye lame dah dia cam suare saye. Subhanallah! dan tk pasal-pasal saye jadi anyah.angahla dek!hehe

Masa saya balik Malaysia bulan 8 2010 selalu saya pasangkan cerite ni kat adik. Supaya telinganya biasa dengan bahasa al-quran ini, lantas lebih petah berbahasa arab dari abangnya. Itu yang saya harapkan. Moga kamu menjadi pencerah kepada umat ya Izzul Afeef. Ameen.

angah rindu kamula adik! :(



La dayn. la dayn. la dayn!
dari segi bahase tiada hutang
dari segi istilah tk mengape atau xd masalah lah