Sunday, July 17, 2011

3 Kosong!

Malam ni saye masih tak dapat tidur, entah apa masalahnya. Esok saye ade 2 imtihan, nak kate membaca tidak, mengantuk pun tidak. Entah seperti ada sesuatu yang perlu aku selesaikan baru lega barangkali.

Tadi membaca artikel semua berkenaan dengan perselisihan pendapat. Bagaimana cara masing-masing membawa hujah dan dalil untuk menegakkan pegangan mereka. Ada yang menggunakan cara "sarcasm", yang membabi buta mencarut seperti dia yang paling betul, tidak kurang pula yang mencanang ke sana ke sini, memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai tohmahan.

Ah! semua itu membawa kepada perpecahan sedangkan Allah telah mengajar kita berwasilahkan Rasulullah bagaimana bertata-tertib dalam sesuatu perkara tersebut.

Saya tak ingin menyebut di sini kerna ianya sesuatu yang ma'ruf dalam pentarbiahan diri, cuma sedar atau tidak sahaja.Sekalipun menyedarinya, hanya diabaikan ataupun berlagak buta seolah tidak mengetahui apa-apa.

Yang pada asalnya perselisihan ini telah pun berlaku pada zaman  الأئمة الأربعة  lagi. Mereka telah melaluinya dengan berkhemah dalam setiap perbezaan fikrah antara satu sama lain. Tidak pula menjadikan hujah mereka paling betul yang perlu diikuti setiap lapisan masyarakat.

Saya amat tidak bersetuju pada perbalahan akibat perselisihan pendapat. Sebaliknya kita mencari apa yang paling tepat dan seterusnya bergantung kepada Allah rabbul 'Alaminn. Al Imam AsSyafi'e rahimuhullah hu ta'ala berkata "Aku masih belum menjumpai" untuk setiap perkara yang bertentangan dengan pendapatnya. Wallah hu Ta'ala A'alam.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
[Surah Ali-Imran:173]

3 comments:

  1. salam najah fi imtihan..love this song so much..

    ReplyDelete
  2. tapi stengah orang kata kita kena raikan pendapat orang lain camane skalipun.cane pulak?

    ReplyDelete
  3. meraikan pendapat bukan bermakna bersetuju dengan pendapat tersebut.
    yang mana apabila kita meraikan dengan tidak menyatakan bahawa pendapat kita yang paling awla. dan tidak pula menyokong kepadanya.

    ReplyDelete

harap anda semua suka posting ini..

followers!

 

Pengalaman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates