Showing posts with label insan. Show all posts
Showing posts with label insan. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

1 Penampar

Kesahnya bermula begini...

Menjadi kebiasaan setiap petang kami pelajar yang menetap di kolej kediaman universiti akan bermain 'futsal' di padang universiti. Tiba suatu hari datang budak kecil berbangsa Arab mengganggu permainan kami, boleh dikatakan tak beradab atau kurang hajar lah budak tersebut.

Memandangkan budak tersebut bernasib baik hari pertama mengganggu, kami hanya menghalau sahaja. Masuk hari yang kedua seorang dari rakan kami merasakan kanak-kanak tersebut harus mendapat pengajaran yang sepatutnya, dihampirinya budak tersebut. Nah! satu tamparan agak tergamam hinggap pada budak tersebut.

Moralnya, PENAMPAR memainkan peranan jika tiba satu masa itu, bukan penampar yang selalu-selalu.

saksikan,



penampar from badrul naim on Vimeo.

Sunday, July 17, 2011

3 Kosong!

Malam ni saye masih tak dapat tidur, entah apa masalahnya. Esok saye ade 2 imtihan, nak kate membaca tidak, mengantuk pun tidak. Entah seperti ada sesuatu yang perlu aku selesaikan baru lega barangkali.

Tadi membaca artikel semua berkenaan dengan perselisihan pendapat. Bagaimana cara masing-masing membawa hujah dan dalil untuk menegakkan pegangan mereka. Ada yang menggunakan cara "sarcasm", yang membabi buta mencarut seperti dia yang paling betul, tidak kurang pula yang mencanang ke sana ke sini, memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai tohmahan.

Ah! semua itu membawa kepada perpecahan sedangkan Allah telah mengajar kita berwasilahkan Rasulullah bagaimana bertata-tertib dalam sesuatu perkara tersebut.

Saya tak ingin menyebut di sini kerna ianya sesuatu yang ma'ruf dalam pentarbiahan diri, cuma sedar atau tidak sahaja.Sekalipun menyedarinya, hanya diabaikan ataupun berlagak buta seolah tidak mengetahui apa-apa.

Yang pada asalnya perselisihan ini telah pun berlaku pada zaman  الأئمة الأربعة  lagi. Mereka telah melaluinya dengan berkhemah dalam setiap perbezaan fikrah antara satu sama lain. Tidak pula menjadikan hujah mereka paling betul yang perlu diikuti setiap lapisan masyarakat.

Saya amat tidak bersetuju pada perbalahan akibat perselisihan pendapat. Sebaliknya kita mencari apa yang paling tepat dan seterusnya bergantung kepada Allah rabbul 'Alaminn. Al Imam AsSyafi'e rahimuhullah hu ta'ala berkata "Aku masih belum menjumpai" untuk setiap perkara yang bertentangan dengan pendapatnya. Wallah hu Ta'ala A'alam.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
[Surah Ali-Imran:173]

Friday, December 31, 2010

1 O lord! Make me strong

Alhamdulillah. Setahun sudah hari-hari saya berlalu. Hari-hari yang bukan seperti yang sebelumnya. Di mana genap hidup tanpa pemerhatian mak dan ayah di hadapan mata.


Kadang-kadang terngiang-ngiang suara mak, abah sebelum saya melelapkan mata. Sungguh tahun ini mengajar saya apa itu erti kesabaran, kemesraan, yang perlu dilahirkan walaupun diri ini tak gagah dalam menahan kesabaran, untuk natijah hari-hari yang selebihnya, saya belajar.


Semalam terasa mak panggil minta tolong seperti kebiasaan pagi-pagi, saya akan menolong mak mengemas rumah, antara agendanya membasuh pakaian.


Selalu kalau adik saya cuti sekolah mereka yang kena tolong mak, tapi mak lebih sayangkan saya. Kalau dengan cara ini mak sayangkan saya lebih dari adik-adik saya rela mak =)


Tapi itu tahun-tahun yang lalu, kini saya duduk dengan kawan-kawan sehaluan "Haluan seorang penuntut ilmu", berbeza dari hidup bersama keluarga.


Erti dipertanggungjawabkan untuk bertanggungjawab menjadikan saya mencari tokoh dihadapan mata sebagai qudwah disamping sunnah Rasulullah tidak dilupakan.


Perkara paling pahit sekali dalam hidup ini adalah untuk memahami seseorang itu. O Allah! Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku. Ada sesuatu yang lebih besar dari ini yang menanti. Kalau ini yang mengajarku erti kehidupan. Saya harus mempelajarinya walaupun pahit.
Sepahit buah kopi, dijadikan minuman banyak khasiatnya. Saya tak harus mengalah!

Sunday, May 23, 2010

1 pada pengajaran, hasil dari pengalaman!

Mungkin ada dalam kalangan kalian yang menjadi cucu manja nenek atau atuk masing-masing atau ada juga yang tak berkesempatan mendapat kasih sayang mereka, sebenarnya pada mereka terselit 1001 pengajaran hasil dari pengalaman hidup mereka yang berdekad lamanya, tetapi ramai orang hanya mendengar sahaja tanpa sebab yang kukuh menerima bulat-bulat kata-kata mereka.

1. telah berpesan atuk "jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul".
2. telah berpesan atuk "tatkala meniarap kaki tak boleh lebih kepala,nanti
mak mati".
3. telah berpesan atuk "kalau tersedak masa makan, tanda ada orang sebut nama kita".

1. Pesan atuk jangan duk atas bantal tu sebab tak nak bagi cucu ye duk atas
bantal la, bantal tu bukankah tempat letak kepala nk tidur rehat2.tibe2 bau
lain plak ke kan xsedap tu.
2. Dalam hal ni plak, kepala kite ni la yg menyimpan otak yang terisi ilmu2
di dalamnya, xkanla nak angkat kaki lagi tinggi dari kepala, walaupun
kaki memanglah banyak jasanya, tak patutla nak angkat tinggi2.setuju tak?
3. Untuk yang ni ada 2 kemungkinan.org sebut yg baik2(memuji) tentang kita,
atau menyebut2 yang tak baik(mengumpat) tentang diri kita. Jadi apa2pun
berbuatlah baik antara kamu dengan yang lain tambahan pula yang muslim.
Sesungguhnya muslim itu bersaudara!

walaubagaimanapun, yg salah tetap perlu diperbetulkan kerana prinsip Islam tidak harus digadaikan terutama yg bersangkutan dengan akidah. Apa yang saya utarakan dalam posting ini memang dalam lingkaran akidah, dan seharusnya perlu ditegur jika ia boleh menggoncang kestabilan bila masuk unsur2 yg berbahaya walaupun tidak sedar.

Perlu diketahui, Allah sahaja yang berkuasa terhadap apa pun perbuatan oleh hamba-Nya. Allah berkuasa untuk menghidupkan yg mati, Allah berkuasa untuk mematikan yg hidup, Allah berkuasa melahir bayi tanpa si isteri punya suami, Allah juga berkuasa menjadikan bayi tanpa sentuhan seorang wanita. Allah juga berkuasa menjadikan manusia tanpa kedua-dua lelaki dan wanita. buktinya ialah kejadian Adam, Hawa dan jesus.

Konklusi yang amat bijak ialah, tidaklah bantal itu boleh mengapa2kan walaupun memberi kesan kecuali dgn kehendak Allah, tidaklah dengan perbuatan menyabung itu menjadi penyebab kepada kematian ibu kita, kalau begitu, amat mudah untuk anak yg derhaka dan benci kepada  ibunya untuk membunuh ibunya, hanya dengan meniarap dengan menyabung...

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita sebagai seorangg Islam yg berbangsa melayu yg selalu pandang remeh terhadap persoalan akidah.. berhati-hatilah...

Thursday, March 11, 2010

0 pak! kena sebijik

Mungkin dari kalangan sedare-sedare dah pernah membacanya. Tapi saje nak kongsi, seronok ni.

Di dalam sebuah sekolah terdapat sebuah kelas yang terkenal dengan kebisingan para pelajarnya. Apabila guru tiada di dalam kelas, kelas itu bertukar suasana daripada senyap kepada bising tahap luar alam. Oleh itu pihak sekolah telah mengarahkan seorang guru yang paling garang di sekolah itu untuk mengajar dan menjadi guru kelas kepada kelas tersebut. Maka apabila guru tersebut mengajar di kelas itu, suasana kelas itu telah bertukar menjadi senyap yang melampau sehinggakan dengungan sayap nyamuk boleh didengari oleh seluruh ahli kelas tersebut kerana para pelajarnya terlampau takut kepada guru tersebut. Pada suatu hari telah berlaku sesuatu insiden seperti yang berikut

“Ok, hari ini saya nak uji kamu dalam perkataan berlawanan. Saya nak tengok sejauh mana kehebatan kamu.” Kata cikgu dengan lantangnya.

“Apabila saya sebut satu perkataan kamu mesti sebut perkataan lawannya. Faham.”Laung cikgu lagi.

“Faham.”

“Kita mula dengan tinggi.”

“Rendah.”

“Pendek.”

“Panjang.”

“Wangi.”

“Jibam.”

“Salah.”

“Betul.”

“Saya kata jibam tu salah.”
“Kami diam wangi ni betul.”

“Saya kata jibam tu bukan jawapan untuk wangi.”

“Kami diam wangi ni soalan untuk jibam.”

“Sudah, sudah.”

“Belum, belum.”

“Sudah, cukup jangan jawab lagi.”

“Belum, kurang mesti tanya lagi.”

“Kamu semua didenda.”

“Awak seorang dipuji.”

“saya akan laporkan perkara ini kepada pengetua.”

“Kami sudah rahsiakan perkara itu daripada tukang kebun.”

Cikgu tersebut mengambil buku-bukunya tanpa berkata-kata walau sepatah pun dan terus keluar dari kelas tersebut.

Jadi pengajarannya kadang-kadang ilmu bukan terletak pada umur kita, selagi mana kita banyak berfikir selagi itulah banyak idea-idea dapat diperolehi. Bayangkan seorang guru terkena sebegitu hanya dengan permainan yang mudah. Malu beb, semoga kita tidak jemu dalam menuntut ilmu dunia akhirat. Amin. Selamat!

Thursday, March 04, 2010

6 Bicara kasihku

Saat kau bangun di pagi hari
AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU
walaupun hanya sepatah kata meminta pendapat KU
atau bersyukur kepada KU
atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin...

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk bekerja...
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa KU
tetapi engkau begitu sibuk...

Di satu tempat
engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun
kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu
AKU berfikir engkau akan berbicara kepada KU tetapi...
engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
khabar terbaru...

AKU melihat engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari
dengan semua kegiatanmu AKU berfikir...
engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepada KU

Sebelum engkau makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling
Mungkin engkau rasa malu untuk berbicara kepada KU itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu pada KU

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu sambil melihat beberapa
temanmu berbicara dan menyebut nama KU dengan lembut sebelum menyantap rezeki
yang AKU berikan
Tetapi engkau tidak melakukannya...
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepada KU

Meskipun saat engkau pulang ke rumah...
kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau
menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya tanpa memikirkan apapun dan
hanya menikmati acara yang ditampilkan...
Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati
makananmu tetapi kembali engkau tidak berbicara kepada KU

Saat tidur KU fikir kau merasa lelah
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu
kau melompat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun kau menyebut nama KU
Engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu, AKU telah menanti lebih lama dari yang kau sedari...

Setiap hari AKU menantikan sepatah kata,doa,fikiran atau bersyukur dari hatimu
keesokan harinya... kau bangun kembali. AKU menanti dengan penuh kasih
bahawa hari ini kau akan memberi KU sedikit waktu untuk menyapaku...
tapi yang KU tunggu tak kunjung tiba... tak juga kau menyapa KU
subuh... zuhur... asar... maghrib... isya... subuh kembali, kau masih mengacuhkan
AKU...

Tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa dan tak ada rasa, tak ada harapan dan
tak ada keinginanpun untuk bersujud kepada KU...

Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU pinjamkan,
anak-anak yang KU rahmatkan...
adakah hal itu tidak membuatkanmu ingat pada KU???

PERCAYALAH AKU SELALU MENGASIHIMU, DAN AKU TETAP
MENANTI SUATU SAAT ENGKAU AKAN MENYAPA KU...
YANG SELALU MENYERTAIMU SETIAP SAAT... WAHAI..
HAMBAKU...

Saturday, February 20, 2010

0 Tidak Allah ciptakan jin dan manusia itu, selain daripada mengabdikan diri kepadaNya

Alhamdulillah, hasil penerokaan dan penelitian jangka pendek ini dapat saya hasilkan sebuah blog yang masih lagi dalam peringkat permulaan. Bukan menjadi keseronokan yang bersahaja untuk menghasilkan blog ini. Namun, akan saya jadikan satu medan keseronokan yang bersifat kerohanian agar manusia sekeliling dapat menghayati Islam itu dengan cara yang berbeza InsyaAllah. Selain berkongsi pelbagai karya penulisan blog yang masih asing lagi pada saya, akan saya manfaatkan blog ini seadanya. Kata sahabat saya "hanya wali mengenali wali" hanya sekadar kata rasanya, salah satu dari idea penghasilan blog ini adalah kerana pada pemerhatian saya, tampak kelihatan hubungan yang sedikit erat antara ahli-ahli blog ini. Ya, ini amat menarik minat saya kerana menjadi kecintaan saya untuk menjalinkan hubungan yang erat antara saudara sekeliling saya. Cuma kadang kala memerlukan cara yang berbeza dari biasa. Dalam erti kata lain, hanya 'blogger' mengenali 'blogger'. Oleh itu saya rasmikan blog ini dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.

followers!

 

Pengalaman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates