Friday, December 31, 2010

1 O lord! Make me strong

Alhamdulillah. Setahun sudah hari-hari saya berlalu. Hari-hari yang bukan seperti yang sebelumnya. Di mana genap hidup tanpa pemerhatian mak dan ayah di hadapan mata. Kadang-kadang terngiang-ngiang suara mak, abah sebelum saya melelapkan mata. Sungguh tahun ini mengajar saya apa itu erti kesabaran, kemesraan, yang perlu dilahirkan walaupun diri ini tak gagah dalam menahan kesabaran, untuk natijah hari-hari yang selebihnya, saya belajar. Semalam terasa mak panggil minta tolong seperti kebiasaan pagi-pagi, saya akan menolong mak mengemas rumah, antara agendanya membasuh pakaian. Selalu kalau adik saya cuti sekolah mereka yang kena tolong...

Sunday, May 23, 2010

1 pada pengajaran, hasil dari pengalaman!

Mungkin ada dalam kalangan kalian yang menjadi cucu manja nenek atau atuk masing-masing atau ada juga yang tak berkesempatan mendapat kasih sayang mereka, sebenarnya pada mereka terselit 1001 pengajaran hasil dari pengalaman hidup mereka yang berdekad lamanya, tetapi ramai orang hanya mendengar sahaja tanpa sebab yang kukuh menerima bulat-bulat kata-kata mereka. 1. telah berpesan atuk "jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul". 2. telah berpesan atuk "tatkala meniarap kaki tak boleh lebih kepala,nanti mak mati". 3. telah berpesan atuk "kalau tersedak masa makan, tanda ada orang sebut nama kita". 1. Pesan atuk jangan duk atas bantal tu...

Monday, April 05, 2010

5 tanpa kita sedari!

Saya baru ditemukan dengan info ini, yang mana sudah terlalu lama diterbitkan oleh blogger-blogger lain. Tidak hairanlah kalau ada yang sudah membacanya sebelum ini. Apapun usah jemu memberi kata sahabat saya.heheh Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Lamab...

Thursday, March 11, 2010

0 pak! kena sebijik

Mungkin dari kalangan sedare-sedare dah pernah membacanya. Tapi saje nak kongsi, seronok ni. Di dalam sebuah sekolah terdapat sebuah kelas yang terkenal dengan kebisingan para pelajarnya. Apabila guru tiada di dalam kelas, kelas itu bertukar suasana daripada senyap kepada bising tahap luar alam. Oleh itu pihak sekolah telah mengarahkan seorang guru yang paling garang di sekolah itu untuk mengajar dan menjadi guru kelas kepada kelas tersebut. Maka apabila guru tersebut mengajar di kelas itu, suasana kelas itu telah bertukar menjadi senyap yang melampau sehinggakan dengungan sayap nyamuk boleh didengari oleh seluruh ahli kelas tersebut kerana...

Thursday, March 04, 2010

6 Bicara kasihku

Saat kau bangun di pagi hari AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU walaupun hanya sepatah kata meminta pendapat KU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin... Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk bekerja... AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa KU tetapi engkau begitu sibuk... Di satu tempat engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu AKU berfikir engkau akan berbicara kepada KU...

Saturday, February 20, 2010

0 Tidak Allah ciptakan jin dan manusia itu, selain daripada mengabdikan diri kepadaNya

Alhamdulillah, hasil penerokaan dan penelitian jangka pendek ini dapat saya hasilkan sebuah blog yang masih lagi dalam peringkat permulaan. Bukan menjadi keseronokan yang bersahaja untuk menghasilkan blog ini. Namun, akan saya jadikan satu medan keseronokan yang bersifat kerohanian agar manusia sekeliling dapat menghayati Islam itu dengan cara yang berbeza InsyaAllah. Selain berkongsi pelbagai karya penulisan blog yang masih asing lagi pada saya, akan saya manfaatkan blog ini seadanya. Kata sahabat saya "hanya wali mengenali wali" hanya sekadar kata rasanya, salah satu dari idea penghasilan blog ini adalah kerana pada pemerhatian saya, tampak...

followers!

 

Pengalaman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates