Tuesday, July 17, 2012

1 Nisfu Sya'baan



Saya sendiri tak mampu untuk berfatwa, mahupun keluarkan hukum.
Tetapi saya rujuk mereka yang berfatwa dan mereka yang mengeluarkan hukum.
Kita yang masih hidup mesti bergantung hidup pada yang tidak mati.

Dalam Mazhab As--Syafie: Kata ulama hadith mazhab al-Syafi'e yang masyhur, Imam al-Suyuti dlm kitabnya Al-Amru Bil Ittiba' Wan Nahyu 'Anil Ibtidaa' :

وروى ابن وضاح عن زيد بن أسلم قال: ما أدركت أحداً من أصحابنا ولا فقهائنا يلتفتون إلى ليلة النصف من شعبان
"Dan Ibn Waddah meriwayatkan dari Zaid bin Aslam (Imam dari kalangan Tabi'in) berkata: Aku tak jumpa seorang pun dari ashab kami dan fuqaha' kami mempedulikan tentang malam nisfu sya'ban" [sedangkan Zaid bin Aslam mendampingi sahabat2 nabi seperti Ibnu 'Umar, Jabir bin Abdillah, dan imam2 seperti anas bin malik, sufyan al-thawry, sufyan bin 'uyainah, al-auza'i, zainal abidin ali bin al-hasan - cicit nabi]

Kata Al-Suyuti juga:

قال الحافظ أبو الخطاب: قال أهل التعديل والجرح: ليس في فضل النصف من شعبان حديث صحيح
"kata Al-Hafiz Abu Al-Kattab: ahli jarah dan ta'dil (ahli hadis) mengatakan bahawa tentang fadhilat nisfu sya'ban, tiada satu hadis pun yg sahih".


--------------------------------------------------------------


Sheikh Abd Aziz Bin Baaz Rahimahullah:
“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam NISFU SYAABAN dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidak ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’(palsu) seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).


----------------------------------------------------------------


Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam NISFU SYAABAN , membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

Sunday, April 15, 2012

2 Kita sedang sakit

Kehidupan seharian masyarakat kini seolah berada dalam suatu wabak yang saya andaikan sebagai "Penyakit melabel". Penyakit ini tidak lari dari mahasiswa, ada sahaja benda untuk dilabel mengikut darjat pemikirannya tanpa ada rasa bersalah pun.

Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, "Ustaz Fulan adalah Qutubiy", "Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy", "Dia adalah neo-khariji", "Oh! gila pangkat", "Oh! gila jawatan", "Publisiti murahan". Cukup ajaib! golongan ini mampu,atau barangkali telah mencapai darjat untuk melabel orang lain.

Manhaj salafikah kita? jika melabel atau mengaibkan orang lain yang tidak sependapat, sealiran, sefikrah dengan kita? begitu mudah bagi kita melabelkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran sedangkan para salaf begitu gerun dengan perbuatan demikian.

Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: “Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih”. (Rawdhah al-Uqala)

Manhaj salafikah kita jika tidak ada sifat kesopanan,bijaksana dan warak dalam diri untuk menuturkan keaiban orang lain dan menyebarkan pula di blog-blog atau di wall facebook masing-masing? Syair Arab mengatakan:


المرء إن كان عاقلا ورعا * أشغله عن عيوب غيره ورعه
Jika seseorang itu berakal dan warak,
Kewarakannya akan melekakannya dari aib orang lain.

Manhaj Salafikah kita jika melabelkan ahli-ahli ilmu yang banyak berkhidmat kepada dakwah dengan gelaran yang menyakitkan dan menjauhkan orang dari kebaikan? Di manakah akhlak kita berbanding dengan akhlak tokoh ulama Salaf, Imam Syafie yang mengatakan, “Apabila seseorang mahu berkata-kata maka berfikirkah. Jika ternyata bahawa ia tidak memberi kemudaratan ke atasnya, maka bertuturlah. Jika ternyata bahawa terdapat kemudaratan atau dia ragu-ragu padanya, maka tahanlah (dari bercakap)”. (Syarah Sahih Muslim 2/19) Di manakah kebaikannya dengan melabelkan para ahli ilmu dengan pelbagai jolokan kecuali mengundang keburukan dan kefasadan dalam masyarakat.

Sunnahkah kita apabila kita melabelkan para ilmuan dengan gelaran yang boleh merendahkan pandangan orang lain kepada mereka? Di manakah amalan sunnah kita terhadap hadis Nabi S.A.W yang bermaksud, “Cukuplah sebagai satu keburukan pada seseorang, dengan merendah-rendahkan saudaranya yang muslim”. (Sahih Muslim 4/1986).

Si anak murid pula, jika sudah tahu manhaj gurunya yang tidak menjaga lidah dan tidak warak terhadap ulama, janganlah menyibukkan diri dengan bertanya Tok Guru jenis ini, “Guruku, apa pandangan tuan terhadap Ustaz Fulan?”, “Apakah pula manhaj Syeikh Fulan?”. Para salaf yang sebenar tidak gemar dengan persoalan-persoalan sebegini. Pernah satu hari seorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya, “Mereka menyebut tentang Fulan..”. Lantas Ibn Abbas berkata, “Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu”. (Syuab al-Iman 9/110)

seruan kepada diri ini juga, agar kita sama-sama memperbaiki peradaban manusia, sikap toleransi perlu ada. Kita punya garis panduan yang amat teliti dalam pertembungan pendapat, dan kita perlu tahu pertembungan pendapat(khilaf) itu bukanlah musibah bagi umat, tapi ianya rahmat. Agar sama-sama bertaubat sebelum terlambat.

Bak kata orang Melayu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”. Jika sudah terlajak, bersegeralah bertaubat kepada Tuhan.


كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي … بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها
فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله … وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,
Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,
Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,
Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.
petikan artikel daripada http://abuumair1.wordpress.com dengan sedikit olahan.

Sunday, August 21, 2011

1 Penampar

Kesahnya bermula begini...

Menjadi kebiasaan setiap petang kami pelajar yang menetap di kolej kediaman universiti akan bermain 'futsal' di padang universiti. Tiba suatu hari datang budak kecil berbangsa Arab mengganggu permainan kami, boleh dikatakan tak beradab atau kurang hajar lah budak tersebut.

Memandangkan budak tersebut bernasib baik hari pertama mengganggu, kami hanya menghalau sahaja. Masuk hari yang kedua seorang dari rakan kami merasakan kanak-kanak tersebut harus mendapat pengajaran yang sepatutnya, dihampirinya budak tersebut. Nah! satu tamparan agak tergamam hinggap pada budak tersebut.

Moralnya, PENAMPAR memainkan peranan jika tiba satu masa itu, bukan penampar yang selalu-selalu.

saksikan,



penampar from badrul naim on Vimeo.

Sunday, July 17, 2011

3 Kosong!

Malam ni saye masih tak dapat tidur, entah apa masalahnya. Esok saye ade 2 imtihan, nak kate membaca tidak, mengantuk pun tidak. Entah seperti ada sesuatu yang perlu aku selesaikan baru lega barangkali.

Tadi membaca artikel semua berkenaan dengan perselisihan pendapat. Bagaimana cara masing-masing membawa hujah dan dalil untuk menegakkan pegangan mereka. Ada yang menggunakan cara "sarcasm", yang membabi buta mencarut seperti dia yang paling betul, tidak kurang pula yang mencanang ke sana ke sini, memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai tohmahan.

Ah! semua itu membawa kepada perpecahan sedangkan Allah telah mengajar kita berwasilahkan Rasulullah bagaimana bertata-tertib dalam sesuatu perkara tersebut.

Saya tak ingin menyebut di sini kerna ianya sesuatu yang ma'ruf dalam pentarbiahan diri, cuma sedar atau tidak sahaja.Sekalipun menyedarinya, hanya diabaikan ataupun berlagak buta seolah tidak mengetahui apa-apa.

Yang pada asalnya perselisihan ini telah pun berlaku pada zaman  الأئمة الأربعة  lagi. Mereka telah melaluinya dengan berkhemah dalam setiap perbezaan fikrah antara satu sama lain. Tidak pula menjadikan hujah mereka paling betul yang perlu diikuti setiap lapisan masyarakat.

Saya amat tidak bersetuju pada perbalahan akibat perselisihan pendapat. Sebaliknya kita mencari apa yang paling tepat dan seterusnya bergantung kepada Allah rabbul 'Alaminn. Al Imam AsSyafi'e rahimuhullah hu ta'ala berkata "Aku masih belum menjumpai" untuk setiap perkara yang bertentangan dengan pendapatnya. Wallah hu Ta'ala A'alam.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
[Surah Ali-Imran:173]

Friday, April 22, 2011

1 La Dayn!

captured from "the lost kitten"
Dalam dunia ini sikit sangat orang yang bersyukur, sedangkan 'nikmat tuhan yang mana ingin kamu dustakan'? ..belajarlah erti bersyukur dengan setiap nikmat walaupun setiap sedutan, bukan sedutan yang membawa padah ye.

Gambar kat atas tu di'captured' dari cerite "kucing sesat" . Kisah yang ditayangkan dalam bahasa arab bersama terjemahan melayu.

Sejak kebelakangan ni saya rajen kol mak, mak pun pelik sebab selalu tak macam ni. Sebenanye adik saya lah, da pandai berkata-kata, suatu hari tu saya kol rumah, then suare budk kecik bercakap.
[ Helo,mak ad?sape ni?    helo. ade.mak!anyah mak! ]huhu. saye tak kenalkan diri siape.rupenye lame dah dia cam suare saye. Subhanallah! dan tk pasal-pasal saye jadi anyah.angahla dek!hehe

Masa saya balik Malaysia bulan 8 2010 selalu saya pasangkan cerite ni kat adik. Supaya telinganya biasa dengan bahasa al-quran ini, lantas lebih petah berbahasa arab dari abangnya. Itu yang saya harapkan. Moga kamu menjadi pencerah kepada umat ya Izzul Afeef. Ameen.

angah rindu kamula adik! :(



La dayn. la dayn. la dayn!
dari segi bahase tiada hutang
dari segi istilah tk mengape atau xd masalah lah

Friday, December 31, 2010

1 O lord! Make me strong

Alhamdulillah. Setahun sudah hari-hari saya berlalu. Hari-hari yang bukan seperti yang sebelumnya. Di mana genap hidup tanpa pemerhatian mak dan ayah di hadapan mata.


Kadang-kadang terngiang-ngiang suara mak, abah sebelum saya melelapkan mata. Sungguh tahun ini mengajar saya apa itu erti kesabaran, kemesraan, yang perlu dilahirkan walaupun diri ini tak gagah dalam menahan kesabaran, untuk natijah hari-hari yang selebihnya, saya belajar.


Semalam terasa mak panggil minta tolong seperti kebiasaan pagi-pagi, saya akan menolong mak mengemas rumah, antara agendanya membasuh pakaian.


Selalu kalau adik saya cuti sekolah mereka yang kena tolong mak, tapi mak lebih sayangkan saya. Kalau dengan cara ini mak sayangkan saya lebih dari adik-adik saya rela mak =)


Tapi itu tahun-tahun yang lalu, kini saya duduk dengan kawan-kawan sehaluan "Haluan seorang penuntut ilmu", berbeza dari hidup bersama keluarga.


Erti dipertanggungjawabkan untuk bertanggungjawab menjadikan saya mencari tokoh dihadapan mata sebagai qudwah disamping sunnah Rasulullah tidak dilupakan.


Perkara paling pahit sekali dalam hidup ini adalah untuk memahami seseorang itu. O Allah! Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku. Ada sesuatu yang lebih besar dari ini yang menanti. Kalau ini yang mengajarku erti kehidupan. Saya harus mempelajarinya walaupun pahit.
Sepahit buah kopi, dijadikan minuman banyak khasiatnya. Saya tak harus mengalah!

Sunday, May 23, 2010

1 pada pengajaran, hasil dari pengalaman!

Mungkin ada dalam kalangan kalian yang menjadi cucu manja nenek atau atuk masing-masing atau ada juga yang tak berkesempatan mendapat kasih sayang mereka, sebenarnya pada mereka terselit 1001 pengajaran hasil dari pengalaman hidup mereka yang berdekad lamanya, tetapi ramai orang hanya mendengar sahaja tanpa sebab yang kukuh menerima bulat-bulat kata-kata mereka.

1. telah berpesan atuk "jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul".
2. telah berpesan atuk "tatkala meniarap kaki tak boleh lebih kepala,nanti
mak mati".
3. telah berpesan atuk "kalau tersedak masa makan, tanda ada orang sebut nama kita".

1. Pesan atuk jangan duk atas bantal tu sebab tak nak bagi cucu ye duk atas
bantal la, bantal tu bukankah tempat letak kepala nk tidur rehat2.tibe2 bau
lain plak ke kan xsedap tu.
2. Dalam hal ni plak, kepala kite ni la yg menyimpan otak yang terisi ilmu2
di dalamnya, xkanla nak angkat kaki lagi tinggi dari kepala, walaupun
kaki memanglah banyak jasanya, tak patutla nak angkat tinggi2.setuju tak?
3. Untuk yang ni ada 2 kemungkinan.org sebut yg baik2(memuji) tentang kita,
atau menyebut2 yang tak baik(mengumpat) tentang diri kita. Jadi apa2pun
berbuatlah baik antara kamu dengan yang lain tambahan pula yang muslim.
Sesungguhnya muslim itu bersaudara!

walaubagaimanapun, yg salah tetap perlu diperbetulkan kerana prinsip Islam tidak harus digadaikan terutama yg bersangkutan dengan akidah. Apa yang saya utarakan dalam posting ini memang dalam lingkaran akidah, dan seharusnya perlu ditegur jika ia boleh menggoncang kestabilan bila masuk unsur2 yg berbahaya walaupun tidak sedar.

Perlu diketahui, Allah sahaja yang berkuasa terhadap apa pun perbuatan oleh hamba-Nya. Allah berkuasa untuk menghidupkan yg mati, Allah berkuasa untuk mematikan yg hidup, Allah berkuasa melahir bayi tanpa si isteri punya suami, Allah juga berkuasa menjadikan bayi tanpa sentuhan seorang wanita. Allah juga berkuasa menjadikan manusia tanpa kedua-dua lelaki dan wanita. buktinya ialah kejadian Adam, Hawa dan jesus.

Konklusi yang amat bijak ialah, tidaklah bantal itu boleh mengapa2kan walaupun memberi kesan kecuali dgn kehendak Allah, tidaklah dengan perbuatan menyabung itu menjadi penyebab kepada kematian ibu kita, kalau begitu, amat mudah untuk anak yg derhaka dan benci kepada  ibunya untuk membunuh ibunya, hanya dengan meniarap dengan menyabung...

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita sebagai seorangg Islam yg berbangsa melayu yg selalu pandang remeh terhadap persoalan akidah.. berhati-hatilah...

Monday, April 05, 2010

5 tanpa kita sedari!

dark_side_of_facebook.gif
Saya baru ditemukan dengan info ini, yang mana sudah terlalu lama diterbitkan oleh blogger-blogger lain. Tidak hairanlah kalau ada yang sudah membacanya sebelum ini. Apapun usah jemu memberi kata sahabat saya.heheh

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

facebook_darkside_cia.gif
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?
Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?
Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!
Sila lihat slide flash ini:
http://albumoftheday.com/facebook/
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:
facebook_darkside_1.gif
Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan ada pihak yang ingin membuat onar, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Macam-macam yang mereka boleh buat kepada golongan bijak pandai ini. Ini adalah kerana mereka sudah tahu dimanakah golongan bijak pandai tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?
Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:
facebook_darkside_4.gif
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
cia_facebook.gif
Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…
Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

followers!

 

Pengalaman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates